VISI:
“Untuk menjadi Syarikat Pemfaktoran pilihan pertama yang berdaya maju untuk pelbagai klien dan pelanggan di Malaysia .”

MISI KUMPULAN:
“Untuk menjadi Syarikat penyelesaian kewangan yang inovatif untuk klien, komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan menjaga kepentingan pemegang saham, pengurusan dan staf syarikat.”

MAKLUMAT KORPORAT

IFS Capital (M) Sdn Bhd (IFS (M)) telah ditubuhkan di Malaysia pada Jun 2006. IFS (M) adalah anak syarikat kepada IFS Capital Limited (IFS). IFS ialah kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka melibatkan kemudahan pemfaktoran, pembiayaan kewangan, usaha modal dan pelaburan ekuiti persendirian. Kumpulan IFS turut menyediakan insurans kredit, bon dan jaminan. Ia ditubuhkan di Singapura pada tahun 1987 dan tersenarai di Papan Utama Pasaran Saham Singapura pada July 1993. Kumpulan IFS juga mempunyai rangkaian operasi di Thailand dan Indonesia dan tidak lama lagi di Hong Kong.

Sebagai anak syarikat kepada Kumpulan yang berpengalaman lama dalam menyediakan kemudahan kewangan, IFS (M) berkebolehan untuk membantu Syarikat-syarikat di Malaysia. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan merangkumi :

  1. Pemfaktoran Domestik.
  2. Pemfaktoran Eksport.
  3. Pemfaktoran Tanpa Notis.
  4. Pajakan.
  5. Perkhidmatan Pengurusan Pemiutang.
  6. Sewa Beli Peralatan Perindustrian.
  7. Surat Kredit (Letter of Credit).
  8. Surat Jaminan Bank.
  9. Jaminan Kredit.
  10. Penyusunan Pembiayaan Kewangan.
  11. Pembiayaan Kontrak.
  12. Bon Pelaksanaan.

Fokus utama IFS (M) adalah untuk mengukuhkan perhubungan dengan pelbagai sektor perniagaan yang terdapat di Malaysia. Perkhidmatan yang kami tawarkan akan dapat memenuhi keperluan kewangan anda dan membantu dalam setiap peringkat perkembangan perniagaan anda.

Sebagai seorang usahawan, anda pasti mahukan syarikat anda berkembang maju dan keperluan terakhir yang anda perlukan ialah untuk menangani masalah aliran tunai yang terhad.

Walaubagaimanapun, modal anda terikat kerana anda menjalankan urusniaga secara kredit kepada pelanggan. Ini akan mempengaruhi pelan anda untuk pelaburan yang lain.

Apa yang anda perlukan adalah aliran tunai yang stabil supaya anda dapat menjalankan urusniaga dengan berkeyakinan tanpa perlu risau akan hutang lapuk.

Sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan, kami memahami keperluan perniagaan yang semakin berkembang. Dengan pelbagai kemudahan kewangan yang kami tawarkan secara meluas, kami pasti dapat bekerjasama sebagai rakan kongsi anda dalam dunia perniagaan yang amat mencabar kini.

 

Produk & Perkhidmatan Perhubungan Global Hubungi Kami Pertanyaan