
DEFINISI PEMFAKTORAN
Pemfaktoran merupakan pembiayaan kewangan yang sesuai digunakan oleh pelbagai sektor dan industri samada syarikat pedagang, pembekal atau perkhidmatan. Secara jelasnya, ia adalah proses menjual inbois syarikat anda kepada IFS (M) untuk mendapatkan pendahuluan tunai dengan kadar segera.
IFS (M) akan memberikan pendahuluan tunai sehingga 90% daripada jumlah inbois. Baki daripada jumlah tersebut akan digunakan sebagai simpanan kontigensi dan diberikan semula setelah bayaran diterima daripada pelanggan.
IFS (M) akan mengambil alih tugas untuk kutipan bayaran daripada pelanggan dan memberikan maklumat mengenai status akaun melalui laporan pengumuran penghutang dan laporan bayaran, penyata akaun dan sebagainya. Bukan sahaja dapat membantu klien kami dalam meningkatkan hasil pendapatan mereka, perkhidmatan ini juga dapat mengurangkan penggunaan masa dalam menyediakan lejer jualan dan pengurusan kredit.
Kemudahan pemfaktoran ini digunakan dalam jualan domestik dan eksport. Untuk jualan eksport, kutipan biasanya diuruskan oleh syarikat-syarikat bersekutu IFS (M) di luar Negara.
FAEDAH PEMFAKTORAN
Dengan pemfaktoran, anda akan memperolehi pelbagai faedah seperti :
a) Modal Kerja Tambahan
Setelah anda menjual inbois kepada IFS (M), IFS (M) akan memberikan anda pendahuluan tunai sehingga 90% daripada jumlah inbois yang difaktor, biasanya dalam masa 24 jam. Modal kerja tambahan ini akan dapat membawa kepada perkembangan perniagaan setelah peningkatan jualan tidak terikat kepada aliran tunai yang terhad.
b) Perlindungan Kredit
Semua hutang lapuk daripada pelanggan-pelanggan yang diluluskan akan dipertanggungjawabkan kepada kami termaktub kepada tahap yang dihadkan.
c) Pengurusan Kredit
Penaja jamin kami turut menyediakan pengurusan untuk kredit eskport berisiko. Melalui rangkaian besar kami dari syarikat-syarikat gabungan kami di Kumpulan IFS dan agensi kredit yang lain. IFS (M) mempunyai maklumat kredit yang terperinci mengenai pembeli dari dalam dan luar negara.
d) Kutipan Hutang
IFS (M) akan bertanggungjawab untuk membuat kutipan bayaran yang difaktorkan kepada kami. Ini akan menjimatkan kos anda dan yang lebih utama ialah masa dan usaha anda akan dapat digunakan untuk urusan dan peluang perniagaan baru.
e) Pengurusan Lejar Jualan
Anda akan sentiasa dimaklumkan mengenai status pembayaran pelanggan, permohonan had kredit dan transaksi lain supaya anda dapat meluangkan masa yang lebih untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam memajukan perniagaan anda.
KOS PEMFAKTORAN
Kadar kos pemfaktoran bergantung kepada saiz perniagaan anda, saiz purata transaksi, profil pelanggan dan lain-lain.
Kos pemfaktoran anda adalah seperti :-
A) Caj Pemfaktoran : ialah bayaran servis yang dihitung daripada jumlah inbois
yang difaktorkan.
B) Caj Pembayaran Pendahuluan atau faedah harian dihitung daripada pembiayaan kewangan yang digunakan pada kadar yang dipersetujui setiap tahun. Pembiayaan kewangan yang digunakan adalah baki bersih yang merangkumi :-
- Peningkatan daripada bayaran yang diberikan kepada anda (dengan adanya kredit dan akaun klien)
- Peningkatan daripada pengurangan yang dikenakan kepada akaun klien untuk bayaran caj pemfaktoran.
- Peningkatan daripada bayaran yang diberikan kepada pihak ketiga atas arahan anda.
- Peningkatan daripada pengurangan yang dikenakan kepada akaun klien untuk bayaran Caj Pembayaran Pendahuluan.
- Pengurangan daripada bayaran yang diterima daripada pelanggan.
MODUS OPERANDI PEMFAKTORAN

- Klien membekalkan barangan/perkhidmatan kepada pelanggan.
- Klien menyerahkan salinan inbois, pesanan belian dan arahan penyerahan kepada IFS (M).
- IFS (M) membuat bayaran pendahuluan (contoh : pendahuluan tunai) daripada jumlah inbois. IFS (M) memberikan penyata akaun, laporan pengumuran penghutang dan laporan kutipan kepada klien secara tetap.
- IFS (M) menghantar penyata akaun bulanan kepada pelanggan, peringatan dan resit.
- Pelanggan membuat pembayaran kepada IFS (M) pada tarikh yang ditetapkan.

- Klien membekalkan barangan kepada pelanggan dan menyerahkan inbois dan dokumen pengangkutan kepada IFS (M).
- IFS (M) membuat pembayaran pendahuluan kepada klien untuk inbois yang difaktorkan dan menghantar dokumen-dokumen kepada kumpulan IFS yang bertanggungjawab atau bank di luar Negara untuk menguruskan pembayaran daripada pelanggan.
- IFS (M) memberikan penyata akaun, laporan pengumuran penghutang dan laporan kutipan klien secara tetap.
- Kumpulan IFS yang bertanggungjawab (atau bank) menghantar penyata, peringatan dan resit kepada pelanggan.
- Pelanggan membuat pembayaran pada tarikh yang ditetapkan.
- Bayaran daripada pelanggan akan dikembalikan kepada IFS (M) dan akan dikreditkan di dalam akaun klien.
KLIEN YANG LAYAK
Syarikat Sdn Bhd / Perniagaan Tunggal / Perkongsian yang mempunyai rekod yang baik dan aktif beroperasi serta :-
- Bertanggungjawab membekalkan dan menghantar barang / perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
- Menerima Pesanan Belian daripada pelanggan.
- Diberikan kontrak untuk kerja dan penghantaran kelengkapan.
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
Definisi Terma :
Syarikat Pemfaktoran : IFS Capital ( Malaysia ) Sdn Bhd (IFS (M))
Syarikat / Pembekal : Klien
Pembeli : Pelanggan
PELANGGAN YANG DITERIMA UNTUK PEMFAKTORAN
- Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan.
- Universiti Tempatan dan Hospital.
- Petroliam Nasional Berhad dan anak syarikatnya.
- Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya.
- Telekom Malaysia Berhad dan anak syarikatnya.
- Sistem Penerbangan Malaysia Berhad.
- Bank dan Institusi kewangan.
- Syarikat yang disenarai di BSKL dan syarikat-syarikat lain yang diterima dari masa ke semasa.
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN YANG DITAWARKAN
a) SURAT KREDIT (LC)
- Tiada cagaran.
- Difokuskan untuk pembelian barangan siap sahaja.
- Sesuai untuk Pembelian dari dalam dan luar negara.
- Margin pembiayaan adalah sehingga 80% dari nilai kontrak.
b) JAMINAN BANK/ BON PELAKSANAAN
Jaminan Bank / Bon Pelaksanaan adalah hanya untuk kontrak baru. Margin bayaran pendahuluan adalah minimum iaitu sebanyak 20% dari nilai jaminan. Kemudahan ini hanya disediakan untuk Jaminan Prestasi daripada kontrak dan hanya kontrak kerajaan atau pelanggan yang layak sahaja yang akan diterima.
c) SEWA BELI PERALATAN PERINDUSTRIAN
IFS (M) juga membiayai pembelian mesin perindustrian serta aset modal yang lain sehingga 90% daripada nilai aset tersebut dan tempoh pemegangan biasanya tidak melebihi 3 tahun.
d) KEMUDAHAN PENGURUSAN PENGHUTANG
IFS (M) menyediakan perkhidmatan untuk membantu menguruskan pembayaran daripada pelanggan. Kami akan mengambil alih tanggungjawab anda untuk membuat kutipan bayaran dan mengemaskinikan rekod-rekod tersebut dalam laporan penerimaan bayaran yang sistematik.
e) JAMINAN KREDIT
Kami berupaya menyediakan perkhidmatan ini melalui Kumpulan IFS yang turut menyediakan kemudahan jaminan kredit.
f) PENYUSUNAN PEMBIAYAAN KEWANGAN
Kami menyediakan kemudahan sindiket pinjaman, modal mezanin, pemerolehan kewangan dan ekuiti kewangan persendirian menerusi syarikat sekutu kami iaitu IFS Capital Assets Private Limited.
g) PEMBIAYAAN KONTRAK
Kami menyediakan kemudahan ini secara terpilih sahaja iaitu apabila klien kami mempunyai kontrak tetapi kekurangan sumber kewangan untuk membuat pesanan.